Tuesday, May 18, 2010

Melayu, UMNO, Malaysia

Salam semua blogersss...

Saya menanti dengan penuh debaran keputusan PRK Sibu, nak tau BN mampu pertahankan kerusi itu @ tidak, kepeutusn lewat diri jangkaan yang mana kemenangan kepada DAP.

Ape yang keluar dari mulut saya adalah Cina Tetap Cina. Hanya pandang sebelah mata kepada BN walaupun dijanjikan Jawatan TPM Malaysia.

KENAPA ORANG MELAYU TIDAK BOLEH BERSATU disaat begini?

Sejarah membuktikan kejatuhan pemerintahan Islam dan khilafah Islamiyyah serta runtuhnya tamaddun kegemilangan Islam dahulu sebenarnya adalah kerana pergaduhan dikalangan umat Islam sendiri, dan kafir hanya sekadar mengambil kesempatan daripadanya. Kita tidak boleh menyalahkan golongan kafir, kerana ALLAH telah menegaskan permusuhan mereka terhadap kita dengan jelas didalam Al Quran. Silap dan salahnya adalah kita umat Islam sendiri. Kalau Islam nak hancur pun ialah ditangan umat Islam sendiri.

Tepuk dada tanyalah iman. Apa pun, berpeganglah kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah saw, insyallah kita akan selamat. Ingatlah pesanan ALLAH dalam surah Al Baqarah: 2, "sesungguhnya inilah kitab (Al Quran) yang tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk kamu menuju ketaqwaan", dan satu lagi firman ALLAH dalam surah Al Baqarah: 183, "sesungguhnya diturunkan Al Quran dibulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia, dengan keterangan dan bukti yang nyata, supaya menjadi pembeza bagi kamu". Al Quran lah yang akan membezakan kepada kita yang mana hak yang mana batil; yang mana benar yang mana palsu; yang mana adil yang mana zalim; yang mana dosa yang mana pahala; yang mana halal yang mana haram; YANG MANA ISLAM YANG MANA KAFIR!! Sealgi kita berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, perbezaan itu nampak jelas dan nyata, tetapi kalau perkiraan lain menjadi kayu pengukur kita, maka ALLAH sahajalah yang boleh menentukannya kelak!

Persoalan yang ingin saya tanya, apakah menyokong DAP yang terang-terang menolak penubuhan sebuah negara Islam itu berdasarkan Al Quran dan Sunnah?

Adakah menyokong Pengerusi DAP YB Karpal Singh yang menyatakan "langkah mayat saya dahulu kalau mahu laksanakan undang-undang Islam" itu berdasarkan Al Quran dan Sunnah?

Adakah membenarkan penyalahgunaan kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dengan dakwaan ALLAH punya anak dalam bentuk triniti itu bersesuaian dengan risalah tauhid mengesakan ALLAH sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah dan para anbiya terdahulu?

Semoga ALLAH menyelamatkan umat Islam yang masih mempunyai sedikit keimanan daripada fitnah akhir zaman ini.

Sudahlaa.... lupakan saja kepada kebergantungan undi Cina ini.

Petikan Kata-kata Nik Aziz yang bercanggah/ Berbeda/ Lain / dengan Timbalanya!!!!

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Dr. Haron Din)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan (Dato' Dr.) Haron (Din)supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Inikah Manusia yang digelar Ulamak? Tok Guru?