Thursday, July 1, 2010

RESTORAN ANI SUP UTARA KUANTAN

Nuffnang Ads

Ani Sup Utara di Kuantan

yeahhh.. entry makan2 lagi... meh kite lupakan kekecewaan akan kekalahan semalam... makan lagi besttt.. hehe..

so... masa dok pusing2 area Sri dagangan (depan megamall dekat area Kamaman Kopitiam) ternampak plak restoran Ani Sup Utara nih... asal nyer plan nak makan kat Relax Cafe... pastu dah ternampak restoran Ani Sup Utara yg kiteorang tak penah try lagi ni..plan pun tukar...

we decided to give new outlet a try...




actually, before this dah ada restoran Ani Sup Utara nih kat Indera Mahkota.. buka dalam 2 tahun lepas rasa nyer... tapi maybe sebab location restoran Ani Sup Utara yg kat Indera Mahkota tu menyebabkan pengunjung tak memberangsangkan sangat (tapi selang 2,3 pintu ada Secret Recipe.. laku je aku tgk). Lagi satu... Ani Sup Utara yg dulu tu bisnes dia macam main2 je.. budak2 je yg handle, pastu interior dia [un mcm biasa2 je...

Tapi, outlet yg kat Sri Dagangan nih mcm bestt gak la dia nyer interior design...

so..sementara tunggu order kiteorang sampai... meh tgk suasana restoran nyer..



smart gak la nampak susun atur nyer... it was after 10pm kot masa kiteorang g tu.. tak ramai customer.. dalam 2 meja je..




cantik kan.. cantik gileer la, nampak mewah giler....





ada dua tv yg disediakan.. best la ... duduk ngadap mana pun leh tgk tv dengan selesa...

okeh... makanan dah sampai... jom tgk apa kami order..




mr monday (ehh.. dah tukar nama si dia ituu..) order sup perut



tak berapa nak nampak perut nyer.. hehe.. mr monday cakap sedap... so kalau dia cakap sedap memang sedap la..sebab dia nyer taste very high gak la...




ni plak cik cloudy nyer order... bubur ayam..shedapppp



ada telur masin... yummm yumm...iskkk teringin la plakkk.. ni nak kena g lagi nih...

menu ni yang kami oder.. adi lg best menu dia.. Paling top Sup Gear Box dia laaaa...

untuk maklumat semua jugak, ade pelbagai jenis sup,

1- Sup Daging
2- Sup Ayam
3- Sup Perut
4- Sup Tulang
5- Sup Kambing
6- Sup Ekor
7- Sup Paru
8- Sup Burung Puyoh

Semua sup ni, kalu makan dengan nasi set dia... perrrrghhhhhhh memang sedap hingga makan xcukup... Nasi Set dia mmg xde kat mana2 bleh jumpa, Nasi Set dia ada telur masin, Sambal Belacan, Timun. sambal belacan mmg power....

Semua mesti try....

Sebelah MEGAMALL Kuantan jek

Kwasan Bank, Dekat Bank Muamalat jekkkk...

jangan lupa bgtau kawan2... try pekene sup laaaa

Pati Ajaran Sesat Sekarang Ni

Wartawan Yahudi The Washington Post Jackson Diehl pada 28 Jun 2010 Son melaporkan temubual mereka dengan Anwar Ibrahim Si Putar Alam.. Saya quote apa yang mereka siarkan.


He said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad.
"Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said.
"I need to be more careful."







Washington Post melaporkan lagi!!!

His many friends in Washington include prominent members of the neoconservative movement -- such as Paul Wolfowitz, the former World Bank president and U.S. ambassador to Indonesia -- as well as such Democratic grandees as Al Gore.
Lately, Anwar has been getting attention for something else: strident rhetoric about Israel and alleged "Zionist

Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee Chairman, Howard Berman and a Jewish leader or two.

He said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. "Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said. "I need to be more careful."








Alahai Anwar, depan penyokong Islam lain, bila ke Washington bertemu rakan-rakan Yahudi laknatullah nada lain...Siap minta maaf guna istilah Zionis!!!
Sudah-sudahlah tuu Brother Anwar Bin Ibrahim...





MASA UNTUK MENYERANG!!!

Monday, June 21, 2010

LAGI KISAH PAS = SIPUT BABI!



Nik Aziz Nik Mat buat hal lagi. Tok Guru “bertaraf wali” yang dipuja penyokong-penyokong Pas ini memang terkenal dengan perangai suka membuat kenyataan mengikut nafsu serakah. Setelah menjadi pujaan hati DAP si kafir harbi laknatullah kerana kenyataan sanggup berkawan dengan Syaitan, Tok Guru bertaraf “wali’’ di kalangan penyokong-penyokong Pas itu mahu wanita melaksanakan Solat Jumaat.


Ayat 1, Surah al-Hujurat:


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kami mendahului Allah dan Rasul Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”



Rasulullah menegaskan kewajipan solat Jumaat kepada lelaki Islam:

“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.” -Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim.



Berdasarkan Hadis ini, jelas sekali Nik Aziz mendahului Rasulullah s.a.w. yang sudah pun mengecualikan empat golongan daripada mengerjakan Solat Jumaat.



Terimalah realiti. Perjuangan Pas kini sudah jauh tersasar. Tidak lagi berada di jalan yang lurus. Kelam kabut dan semakin kalut. Pas macam sesumpah. Kejap ok kejap tak ok. Bertukar rupa mengikut keadaan sekeliling. Kejap wanita tak boleh jadi YB, kejap boleh! Di depan pejabat DAP boleh buat solat hajat jatuhkan kerajaan Islam!

Bila bersekongkol dengan PKR, semuanya sama rasa, sama rata. Perjuangan jadi barang dagangan. Boleh dijual beli. Ini kesan akibat fatwa-fatwa songsang dan Amanat Puaka Pas.

Masih ingat lagikah Amanat Puaka yang membawa perpecahan. Suami isteri bercerai. Anak tidak mengaku bapa, keluarga berpecah belah. Sungguh besar dosa dan azab yang ditanggung!

“Saudara-saudara sekalian percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang Barisan Nasional bukan kerana nama dia Barisan Nasional, kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ni, kalau kita mati dengan berlawan ini mati kita adalah syahid, mati kita adalah mati Islam.

Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tak payah masuk Kristian, kita tak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk Buddha tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."

Akibat Amanat Puaka Hadi Awang pada 11 November 1084 ini, UMNO dan penyokong-penyokongnya yang mengucap syahadah yang sama, bersembahyang menghadap kiblat yang sama dan menyembah Allah Yang Satu, dituduh kafir kerana bersekongkol dengan MIC dan MCA dalam Barisan Nasional.


Sekarang Pas sendiri bersengkokol dengan DAP kafir harbi laknatullah dan PKR, sebuah parti yang penuh dengan sensasi moral. Lebih hebat lagi, bukan Islam boleh mewakili Pas dalam pilihan raya!


Pas mudah terangsang apabila DAP bersandiwara meminati Islam dengan membaca beberapa potong ayat Al-Quran hinggakan Lim Guang Eng digelar Khalifah Omar Abdul Aziz.


Sebenarnya tanpa sedar, kerana terlalu tamak kuasa, Pas perlahan-lahan ditarik oleh DAP menyokong mereka hingga sanggup menggadai maruah agama dan menjadi kuda tunggangan DAP.


Ingatlah wahai Pas, Islam tidak akan berjaya dimartabatkan selagi adanya DAP dalam kalangan mereka. DAP tidak mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam di bawah pentadbiran BN? Apakah DAP mengiktiraf Pas yang hendak menjadi pemimpin negara Islam yang mengamalkan Hudud dan Kisas?


Pas sudah lupa agaknya, dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung Pas bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,



PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya Pas menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam. Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:



5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam….



Pada Ogos 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan mengeluarkan hukum berikut.



“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".


Sudah lupakah Pas? Parti yang apabila berkawan dengan DAP dan PKR kini semakin menjadi HamPas!


Pada 12 Mei 1999, Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, Pas sanggup tidak mendirikan negara Islam.Masyaallah!


Kata Nik Aziz lagi, “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas, asalkan tidak mendirikan negara Islam".


Pada 4 Ogos 2001, Nik Aziz kata tidak ada hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,


“Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan Pas sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu".

Kata Nik Aziz : “ Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima". Nauzublillah min zalik!



Jadi benarlah. Syaitan telah diterima bersama-sama dengan Pas walaupun tahu hakikatnya bersubahat dengan Syaitan dalam apa jua keadaan bertentangan dengan ajaran agama. Apakah bantuan Syaitan boleh membawa kepada kegemilangan kerajaan Islam tajaan Pas?


Selain itu, banyak lagi amanat dan fatwa mengarut Pas. Antaranya, Allah mencarut, Pas boleh bersahabat dengan syaitan, DAP boleh menghina Islam kerana dia belum Islam.

Pelajar Tadika pun tahu, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal menyamakan sifat buruk makhluk, iaitu mencarut dengan sifat Allah. Bertaubatlah!

Ingatlah dalam perang Uhud, Tahun ke 3 Hijrah, askar Islam sudah diambang kemenangan tetapi kalah juga kerana pemanah-pemanah Islam lupa tanggung jawab sebenar kerana tamakkan harta rampasan perang.

Begitulah dengan Pas sekarang. Mereka sedang diuji oleh Allah dengana kuasa. Pas sudah lupa akan perjuangan sebenar untuk membentuk negara Islam dan menguatkuasakan hukum hudud.

Pas sekarang tergoda dan terpesona dengan tipu daya kafir harbi hingga sanggup menerima calon bukan Islam dan membentuk sayap bukan Islam Pas.

Pas seperti kayu buruk dimakan anai-anai, perlahan-lahan mereput.

Pas begitu syok sendiri dan terpesona dengan 'sokongan palsu' membawa rebah DAP si kafir harbi laknatullah.

Sebenarnya bukan mereka yang memahami Pas, tapi Pas yang tergoda. Kelabu mata kerana nak sangat kuasa untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang terasnya UMNO, parti yang memperjuangkan maruah agama bangsa dan tanahair. Parti yang dipilih rakyat. Kerana rakusnya, hatta dengan syaitan pun sanggup dijadikan sahabat.

Kepada Pas dan penyokong-penyokong parti itu, ingatlah DAP kafir harbi laknatullah ibaratkan seperti pokok jejawi. Dengan perlahan dan senyap akarnya akan mencengkam dan membunuh pokok tempat dia menumpang dan akhirnya berdirilah dia dengan megah dan angkuh.




Kalau sayangkan agama bangsa dan tanahair baliklah ke pangkal jalan. Masih belum terlambat. Fikirlah masa depan anak, cucu. Marilah sama-sama dalam saf UMNO. Bersama-sama dengan ikhlas, kerana Allah memperjuangkan maruah agama bangsa dan tanahair tercinta.

Pas boleh berkawan berbaik dengan sesiapa , hatta dengan syaitan sekali pun tetapi jangan atas nama Islam! Marilah sama-sama kita kuburkan Pas!


Tuesday, May 18, 2010

Melayu, UMNO, Malaysia

Salam semua blogersss...

Saya menanti dengan penuh debaran keputusan PRK Sibu, nak tau BN mampu pertahankan kerusi itu @ tidak, kepeutusn lewat diri jangkaan yang mana kemenangan kepada DAP.

Ape yang keluar dari mulut saya adalah Cina Tetap Cina. Hanya pandang sebelah mata kepada BN walaupun dijanjikan Jawatan TPM Malaysia.

KENAPA ORANG MELAYU TIDAK BOLEH BERSATU disaat begini?

Sejarah membuktikan kejatuhan pemerintahan Islam dan khilafah Islamiyyah serta runtuhnya tamaddun kegemilangan Islam dahulu sebenarnya adalah kerana pergaduhan dikalangan umat Islam sendiri, dan kafir hanya sekadar mengambil kesempatan daripadanya. Kita tidak boleh menyalahkan golongan kafir, kerana ALLAH telah menegaskan permusuhan mereka terhadap kita dengan jelas didalam Al Quran. Silap dan salahnya adalah kita umat Islam sendiri. Kalau Islam nak hancur pun ialah ditangan umat Islam sendiri.

Tepuk dada tanyalah iman. Apa pun, berpeganglah kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah saw, insyallah kita akan selamat. Ingatlah pesanan ALLAH dalam surah Al Baqarah: 2, "sesungguhnya inilah kitab (Al Quran) yang tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk kamu menuju ketaqwaan", dan satu lagi firman ALLAH dalam surah Al Baqarah: 183, "sesungguhnya diturunkan Al Quran dibulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia, dengan keterangan dan bukti yang nyata, supaya menjadi pembeza bagi kamu". Al Quran lah yang akan membezakan kepada kita yang mana hak yang mana batil; yang mana benar yang mana palsu; yang mana adil yang mana zalim; yang mana dosa yang mana pahala; yang mana halal yang mana haram; YANG MANA ISLAM YANG MANA KAFIR!! Sealgi kita berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, perbezaan itu nampak jelas dan nyata, tetapi kalau perkiraan lain menjadi kayu pengukur kita, maka ALLAH sahajalah yang boleh menentukannya kelak!

Persoalan yang ingin saya tanya, apakah menyokong DAP yang terang-terang menolak penubuhan sebuah negara Islam itu berdasarkan Al Quran dan Sunnah?

Adakah menyokong Pengerusi DAP YB Karpal Singh yang menyatakan "langkah mayat saya dahulu kalau mahu laksanakan undang-undang Islam" itu berdasarkan Al Quran dan Sunnah?

Adakah membenarkan penyalahgunaan kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dengan dakwaan ALLAH punya anak dalam bentuk triniti itu bersesuaian dengan risalah tauhid mengesakan ALLAH sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah dan para anbiya terdahulu?

Semoga ALLAH menyelamatkan umat Islam yang masih mempunyai sedikit keimanan daripada fitnah akhir zaman ini.

Sudahlaa.... lupakan saja kepada kebergantungan undi Cina ini.

Petikan Kata-kata Nik Aziz yang bercanggah/ Berbeda/ Lain / dengan Timbalanya!!!!

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Dr. Haron Din)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan (Dato' Dr.) Haron (Din)supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Inikah Manusia yang digelar Ulamak? Tok Guru?

Friday, April 23, 2010

SIAPA ZAID IBRAHIM

Pada 14.10.2008, Mahkamah Majistret Pulau Pinang menjatuhkan hukuman denda RM2,000-00 atau penjara 14 hari keatas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Ustadz Hafiz Nordin bersama dengan dua orang lagi iatu Ustadz Sahul Hameed (seorang pendakwah bebas) dan Hj Abdul Rahim Ismail (seorang aktivis PAS).
Apakah dosa mereka sehingga mereka dihukum Mahkamah? Kerana mereka menentang cubaan Kumpulan Artikel 11 untuk mengadakan Forum bertajuk "Federal Constitution: Protection For All" di Hotel Cititel Pulau Pinang pada 14.05.2006. Kumpulan Artikel 11 adalah dianggap sebagai kumpulan yang cuba nak menghidupkan semula usaha penubuhan IFC yang dihentikan atas arahan Kerajaan pada tahun 2004.
Antara mereka yang terlibat dalam forum anjuran Kumpulan Artikel 11 itu adalah Zaid Ibrahim. Ya, Zaid Ibrahim, "calun pengantin" yang kini hebat dikompangkan oleh Pakatan Rakyat dan ditakbirkan oleh segelintir pemuka PAS didalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sekarang sebagai "calun berwibawa" mereka (gambar diatas membuktikan dengan jelas penglibatan Zaid sebagai ahli panel forum tersebut).
Ustadz Hafiz Nordin adalah Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) yang ditubuhkan oleh PAS Pulau Pinang dan diletakkan dibawah naungan Dewan Ulama'. Badai yang ditubuhkan pada 20.04.2006 bertujuan untuk menggagalkan rancangan jahat penubuhan IFC dan penentangan terhadap cubaan meminda Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Saya juga adalah antara orang yang paling aktif menentang Kumpulan Artikel 11 pada masa itu dan memberi sokongan penuh kepada penubuhan Badai, malahan saya terlibat secara langsung dengan Badai.
Pada 16.05.2006, Ustadz Hafiz Nordin telah membuat kenyataan menegaskan bahawa Badai akan "mempertahankan Islam sehingga titisan darah terakhir" dan memberi amaran keras kepada pihak yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dalam cubaan yang dianggap menghina Islam dan umat Islam. Ustadz Hafiz Nordin, seorang pejuang tulin Islam telah membayar harga yang mahal untuk perjuangannya, beliau dan para sahabat lain dihukum oleh Mahkamah atas pendirian tegas beliau.
Hari ini kelihatan seolah-olah perjuangan Dewan Pemuda PAS dan Dewan Ulama' PAS pada masa itu dilupakan sama sekali. Sokongan yang diberi kepada Zaid Ibrahim dalam PRK Hulu Selangor seolah-olah menghina perjuangan mereka ini.
Sudah lupakah kita siapa Zaid Ibrahim!!
* Inilah orangnya yang memfailkan saman untuk menghalang dan membatalkan perlaksanaan Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir oleh Kerajaan PAS Trengganu;
* Inilah orangnya yang menyokong tindakan Tun Mahathir memecat Tun Salleh Abas dan beberapa Hakim Mahkamah Agung pada tahun 1988 yang mencetuskan krisis kehakiman yang serius;
* Inilah orangnya yang yang dihukum oleh UMNO kerana politik wang;
* Inilah orangnya yang sibuk berebut jawatan dan mengejar kedudukan didalam UMNO semasa Anwar Ibrahim dibicarakan dan dipenjarakan;
* Inilah orangnya yang mendapat banyak kerja dan tugasan guaman daripada UMNO dan menjadi kaya hasil daripadanya;
* Inilah orangnya yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dan IFC yang menyebabkan pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Nordin dihukum oleh Mahkamah.
Saya menyeru kepada saudara/i dan sahabat pejuang Islam yang masih punya sedikit semangat perjuangan dan nur Islam didalam PAS supaya kembali memikirkan ke arah mana perjuangan saudara/i. Mengapakah politiking melampau yang sempit menyebabkan saudara menjadi buta terhadap perjuangan Islam yang sebenar. Letakkanlah Islam sebagai asas perjuangan saudara. Saya menyeru saudara kepada perjuangan "One Islam: Aqidah didahulukan; Syariat di martabatkan".
Kalau saudara/i tidak berasa malu kepada ALLAH dan Rasul pun, sekurang-kurangnya malulah kepada pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Bin Nordin, Ustadz Sahul Hameed dan Haji Abdul Rahim Ismail. Janganlah dipersia-siakan perjuangan dan pengorbanan mereka. Dan jadikanlah PRK Hulu Selangor pada hari Ahad 11 Jamadil Awal/ 25 April ini sebagai bukti dan persaksian kita dihadapan ALLAH kelak bahawa kita meletakkan Islam dahulu, politik kemudian.
Inilah satu tanbihul ghofiliin-peringatan bagi mereka yang lalai. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada saya dan saudara/i para pejuang Islam semua; dan semoga kita semua diberi keampunan oleh ALLAH atas kelekaan dan kelalaian kita.
Ingatlah amaran ALLAH, "Alam a' had ilaikum yaa banii aadama alla ta'buduussyaiton, innahu lakum 'aduwwummubiin-wahai bani Adam, bukankah sudah Aku peringatkan kamu sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata, mengapa kamu menentang (Aku)!"

Sunday, March 14, 2010

Dunia Sekarang

Salam semua rakyat malaysia... Pening dengan keaadan politik sekarang ni. kawan memang mengikuti perkembangan politik skrg, terpangil untuk berjuang dan mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara. Tapi yang paling penting mempertahankan UMNO. Dunia sekarang bukan semacam dunia dulu? Kenapa orang melayau tidak sedar, atau masih nyenyak tido dengan apa yang berlaku pada Negara kita? Negeri kita? Kawasan kita? @ bila semua hak kita tergadai baru nak bangun tido? Marilah kita semua bangun dan bersatu untuk mengembalikan kekuatan melayu yang tidak pernah kita buat sebelum ini... Kita bersatu, kuatkan semula kuasa Politik kita supaya kita tidak diperkotak katik kn lagi.. Biar kita yang berkuasa dalam membuat keputusan.. Kepada penyokong Pas, yang dah lePAS tu biarlah lePAS, kita bersatu dibawah UMNO, kembalikan kegemilanagn kita, pada ahli Keadilan, Anwar da keluar penjara, da jadi ahli Parlimen lagi, da dapat KEADILAN yang dicari, marilah kita bersama UMNO, ini parti orang melayu, satu-satunya yang dapat membela nasib kita.. Kepada wakil-wakil Rakyat kita, buatlah kerja dengan iklas kerana Kuasa Itu Amanah...